Thursday 29 December 2011

short post :)

Assalamualaikum J

Alhamdulillah, mungkin saya dah sembuh dari rasa kecewa sekarang.
Okay ni sebenarnya short post ja. Sebab saya tak da benda nak kongsi. Cuma saya harap semua orang bahagia dan sentiasa bersedia menghadapi hari esok.
Oh lupa, esok sekolah saya suruh ambil buku teks. Apa tandanya? Buat tak faham ke? :P okay tanda nya semua SPM candidates kena get ready lah kan? Oh tidak. Saya harap saya tak main-main lagi. Berusaha tetap Berjaya insyaALLAH.
That’s it, Take Care J
Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain ;)

Thursday 22 December 2011

congratulations, Alhamdulillah, you did it girl ! :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah :')
semua tahu kan 22/12/2011 form 3 dapat result. so firstly nak cakap tahniah dekat students of SMK DERMA and all PMR candidates in Malaysiaaaaa  :)
terbaik hampa :D okay kami p jugak nah tadi lepas tusyen sebab rasa rindu pulak saat tieeuww. HAHA xD
ni ada sorang budak ni special sikit smpai kena post. HAHA xD okay, her name is
ELYIA IRYANTIE OTHMAN , 3Tekun , 2011 :) #kayILYSM <3 heee :D

RENYIH HAAAAAA ! :D

Nadja Risya jugak tahniah okayy ! xD
Elyia Iryantie,

Tahniah, mungkin ni kejayaan hampa yang paling menggembirakan semua orang termasuk hampa ! And kami sebagai senior hampa seriously bangga gilaa ah dengan ampa. Rasa puas sebab ampa macam dah tebus pmr kami yg kami kureng cemerlang tu. HAHA xD okay *sila bangga :P Kiranya selama nih berkat usaha hampa nih berbalas la jugak walaupun last minute kan? :P PMR takpa buat mcm nih, SPM nanti jangan nah. Btw, tahun depan and depan lagi lagi laa susah. Usaha jangan sampai takat ni ja tawuuu? ;) Alhamdulillah. Syukur YA ALLAH Engkau berikan kejayaan kepada dia. Semoga dia terus menjadi hamba yang memperolehi kejayaan daripada-Mu di dunia mahupun di akhirat, Amin J
TAK LUPA ucapan terimakasih buat KAWAN-KAWAN aku yg banyak nasihatkan yantie suruh rajin study, banyak tolong dia jawab soalan and semua2 lah yg ampa dah buat utk tolong aku ringankan beban dia :D #chewaaah HAHA xD

Okay lah, sorry kalau ada pihak yang tak suka, take care, assalamualaikum w.b.t :)

Saturday 17 December 2011

masalah ada jalannya :)

ASSALAMUALAIKUM :)

masalah? sapa kata tak boleh selesai? orang mcm tu mungkin org yang jenis keras hatinya :)
masalah kalau melibatkan sesama manusia mudah sangat nak selesai kalau hati kita boleh memaafkan orang lain dan belajar untuk meminta maaf :)
Sesungguhnya melakukan kesilapan itu manusia, dan memaafkan kesilapan itu KEMANUSIAAN :)
haa, Alhamdulillah, segala salah faham akhirnya dah berakhir. Hasilnya, semua orang rasa tenang, hidup boleh kembali seperti dulu harapnya, InsyaAllah.
tapi mungkin dalam kita bergembira, masih ada yg berduka :)
aku memang tak mampu nak nasihatkan semua orang untuk ke arah kebaikan. Hati masing2 kena tetapkan untuk ke arah itu tanpa PAKSAAN. 
jadi kalau sapa2 yang memang takmau maafkan aku or even org lain, maka itu sudah keputusan mereka :)
Tapi aku selalu nasihatkan diri aku, sedangkan RASULULLAH SWT yang begitu mulia di sisi ALLAH SWT yang boleh memaafkan umatnya, maka kita yaa KITA sebagai umatnya takkan lah nak rasa megah dengan tidak memaafkan org laen? Walaupun betapa besarnya dosa seseorang itu terhadap kita, belajar lah memafkan orang lain. InsyaAllah hidup kita semua akan diberkati :)
banyak hikmahnya kalau masalah diselesaikan. Hubungan makin erat salah satunya. Allah juga menyuruh kita berbuat baik sesama sahabat sehingga kita menganggap sahabat itu sebagai saudara sendiri. 

"SEMALAM ADALAH SUATU KENANGAN, HARI INI ADALAH SUATU KENYATAAN, MANAKALA ESOK ADALAH SUATU PENANTIAN. KENANGAN SEMALAM HENDAKLAH KITA SIMPAN BUAT PEDOMAN DI HARI DEPAN DAN KENYATAAN HARI INI HENDAKLAH KITA TEMPUHI DENGAN TABAH TETAPI KITA JUGA HARUS BERSEDIA UNTUK MENANTI HARI ESOK YANG MERUPAKAN SUATU PENYEKSAAN"

Thursday 15 December 2011

school :D

Assalamualaikum :)

Esok cuti :)
okay, dah beli BEG SEKOLAH, KASUT SEKOLAH, STOKIN, PENCIL CASE ?
okayy nampak sangat sini saya exciteeeeeeeeed nak sekolah. sebab ?
sebab bosan lah duduk rumah. kawan2 tadak. tak reti nak self study -,- haha ! okay tak alasan budak sekolah ni bagi ? :P haha. Oh what ? IM SPM CANDIDATES next year yang tak lama mana dah tuuu. TAKOT !! :D setelah setahun jadi form 4, bnyak kenangan dah kami cipta kan? tambah2 yang duduk hostel tuu ^^ hehe. seronok nyeee. Dekat sekolah lagi lah enjoyyy. HAHA. Belajaq sama2, nangis sama2, gelak sama2, gaduh sama2. Serious aku tak boleh lupa smua kenangan kita :) ILY all my besties <3
hmmph okay tahun depan onak dan duri dia mesti lagi banyak kan? semua ni dah diatur oleh ALLAH swt :)
apa yg penting perjuangan utk SPM harus dimulakan ! *semangat giler kan? hehe.
aaa okay. tamau cakap banyak. Mintak maaf kalau ada silap.
Memanglah yang baik smuanya datang dari ALLAH SWT, yg buruk tu semua hasil saya sendiri.
I'm Sorry :)

done, take care ! <3

Wednesday 14 December 2011

sharing is caring :)

Assalamualaikum :)

Jom nak share something tak ? Ni ada sikit saya jumpa kata2 yang menarik nih :)

D  O  A 
Doa memberi kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan :)

J O D O H
Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka masih menghiba untuk dikurniakan JODOH :)

M A S A   D E P A N
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa yang lalu telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

haaa. macam mana ? nak lagi ? kadang2 orang kata kalau nak rasa tenang baca lah kata-kata indah ni. InsyaAllah boleh sejukkan hati kita yang mungkin tengah sedih ke, kecewa ke :) haa , ada lagi ni. scroll ke bawah lekaih :P

ahaaa, pasal C I N T A banyak sangat nak nasihat kan readers, baca nah ;)

  • Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum susah untuk tertelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan CINTA DUNIA maka nasihat susah untuk memasukinya -Salman al Farisi (Al Zuhd, Imam Ahmad)
  • Cintailah kekasihmu sekadar sahaja mana tahu nanti dia akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadar sahaja mana tahu dia akan jadi kekasihmu. -Malik B Dinar

Okay semua. Tu saja yang saya nak share, renung2 kan dan selamat beramal.
Thankyou, take care ! :)


Tuesday 13 December 2011

RASA KECEWA :')

Assalamualaikum , semoga kita semua akan dilindungi olehNya :)

Readers, patut ke saya cakap sebab apa saya kecewa? Hehe. Tapi yg pasti bukan sebab CINTA okay. Bukan sebab kena reject or whatsoever sebab saya tak penah fikir smua tu pun LAGI. hehe :D

okay first saya kecewa dgn diri saya yang memang sgt pemalas tahap cipan nih :(
haha, ni kecewa sebab tadi cikgu addmath ada la lecture sapa yg pemalas ni memalukan AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Mana ke tidaknya, betul la ckgu cakap tu. Selalu yg kita tgk kat sekolah budak2 melayu Islam lah yang kurang rajen kan dlm kelas? Ni saya cakap berdasarkan pglaman. So, ni haa ada la sikit keinsafan kan nak pegang buku :) Alhamdulillah.

So ada jugak aku baca dari blogger yg share CARA NAK ATASI RASA KECEWA ni *tq ye*
Dia kata kita kena melupakan kekecewaan tersebut dan menanam nekad baru untuk tidak kecewa lagi. Maknanya dalam kes saya, saya kena USAHA berlipat kali ganda lah lagi kan? InsyaAllah.

Sooooo, kepada f3 yang dok relakssssss banyak sekarang ni, bawak2 la sedar diri tuh , hehe ^^
Serious upper form tak sama langsung ngan lower form. SERIOUS ni saya cakap ! :)
Tak terlambat lagi nak bergelut dengan dunia SPM ni kalau nak ikut. Bangun3 ! :D
Semoga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama, Amin :)

okay sudah, take care :)

Monday 12 December 2011

Tidak Layak :)

Assalamualaikum :)

Anta anti sihat ? Ana, Alhamdulillah sihat :) Semoga Allah merahmati hidup kita. Amin.
Hai hai ! Siapa di sini manusia ? Haha. Takda la, gurau ja. Pastinya semua manusia kan.
Pernah dengar lagu taubat ni kan semua ?

"TUHANKU, aku tidak layak untuk syurgaMU tetapi aku tidak pulak sanggup menanggung seksa nerakaMU.
Dari itu kurniakanlah, keampunan kepadaku, Ampunkan lah dosaku. Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

Subhanallah, gerun kan bila kita dengaq doa ni?
Readers, ampa semua sedia maklum kan saya bukan jenis alim orangnya. Bukan jugak org baik. Bukan org yang suci. Kadang2 saya rasa mesti yg rasa macam alaaa zakiah ni, dia baik ke nak nasihatkan orang? Yaa, saya mengaku yang saya tak baik, malah saya sedar semua tuu. Tapi nasihat yg saya cakap nih bukan dengan niat nak burukkan orang cuma untuk berkongsi ilmu dan paling penting saya dapat muhasabah diri saya. Senior saya dulu selalu suruh saya muhasabah diri. Alhamdulillah, kadang2 saya sedar salah saya. Tapi biasalah manusia, mana boleh lari dari kesilapan kan. Saya tak pernah paksa sapa2 untuk dengar nasihat saya, niat hati cuma ingin berkongsi. Tolong faham. Hehe. Kadang2 bila saya buat salah automatically otak ni rasa menyesal dan Alhamdulillah saya boleh rasa lagi semua tuu. Ampa semua sure rasa mcm tu jugak kan? So, apa lagi? Mintak ampun dekat Allah dan berharap kesalahan kita diampunkan, InsyaAllah. Kadang2 ada orang kata, buat apa mintak ampun kalau kita buat lagi dosa tuu? Subhanallah. Betul semua tuu. Tapi sekurang2nya dosa yang lalu akan dihapuskan insyaAllah. Dan MUNGKIN hati kita akan terbuka utk tidak mengulanginya lagi dan paling penting, kita kena lah tanamkan AZAM supaya tak buat lagi dosa tuu. Kuatkan semangat ! Berubah lah ke jalan Allah. Abaikan mulut orang. Depa semua nak jatuhkan kita. Tak de faedah pun kita fikir pasal depa kan? Tapi kalau nasihat depa suruh kita ke arah kebaikan, cubalah untuk dengar and amalkan. Semoga kita dilindungi olehNya, Amin.

Jaga diri, terima kasih :)